car game

car game
play now

Cara Memandu Kereta Manual Dengan Mudah


Andromedia.my -
Memandu kereta memerlukan kepakaran dan kesabaran yang tinggi, lagi untuk mengendalikan kereta yang menggunakan gear manual (kereta manual). Adalah lazim buat yang mengambil lesen dari dahulu untuk mendapatkan lesen memandu kereta dengan belajar memandu kereta manual.

Ada yang mengatakan ia mudah, dan ada juga yang menyatakan sebaliknya. Akan tetapi, bagaimanakah caranya?

Mungkin anda yang belum mempunyai lesen tertanya-tanya, bagaimana sebenarnya nak pandu kereta manual ini?

Nah kali ini saya akan membagikan pengalaman saya untuk kalian, bagaimana caranya memandu kereta manual dengan mudah


Yang harus diperhatikan sebelum memandu kereta 

1. Buat rutin pemeriksaan kenderaan.

2. Periksa semua komponen yang terdapat di badan kereta untuk pastikan kenderaan selamat digunakan. Periksa cermin hadapan, plat bersama nombor pendaftaran kenderaan, cermin sisi, cermin pandang belakang, cermin lampu kenderaan, lampu signal, tayar dan sebagainya, semauanya perlu diperiksa.

3. Periksa bahagian dalam but hadapan kereta. Minyak brek, minyak enjin, tangki air radiator, tali sawat, bateri dan lain-lain. Kesemua minayk ini harus berada pada paras yang mencukupi untuk mengelakkan kerosakan pada kenderaan.

4. Buat rutin sebelum memandu.Ketika berada di dalam kereta, pastikan anda dalam keadaan bersedia. Pakai tali pinggang keledar, laraskan tempat duduk, betulkan cermin pandang belakang, periksa lampu hadapan, belakang dan lampu signal, lampu isyarat kecemasan, lampu-lampu pada meter kenderaan, serta hon untuk pastikan kenderaan anda boleh mulakan perjalanan. Paling penting, anda perlu kenali gear.

5. Untuk kereta manual, setiap pemanduan anda perlu mula dengan gear 1 sehinggalah kepada gear 5. Gear R adalah gear reverse (gear mengundur).

Semasa Memandu

1. Pastikan gear kereta berada dalam keadaan bebas.tekan klac dengan kaki kiri dan hidupkan enjin kereta.

2. Lepaskan brek tangan.tekan klac sekali lagi dengan kaki kiri hingga jejak lantai kemudian masuk gear 1 dengan cermat dan betul mengikut alir gearbox.

3. Lepaskan klac sekitar 50% sahaja secara perlahan-lahan dan bukan secara mengejut.

4. Kenderaan anda akan mula bergerak ke hadapan secara perlahan. Jika terasa kenderaan anda sepeti bergegar semasa sedang bergerak, tekan pedal minyak dengan kaki kanan sekitar 10% sahaja. Apabila, kenderaan semakin lancer bergerak, lepaskan klac lagi sehingga cukup 100%, kemudian kawal kenderaan anda dengan pedal minyak sahaja.

5. Jangan lupa untuk kawal stereng anda.Untuk menukar gear, pastikan kelajuan kenderaan anda sekitar 15km-25km sejam. Tekan klac sehingga jejak lantai dan lepaskan pedal minyak ketika ingin menukar gear. Tolak gear masuk ke gear 2, kemudian lepaskan klac 100% dan tekan pedal minyak semula. Proses ini adalah sama untuk menukar masuk ke gear 3, gear 4 dan gear 5.

6. Pastikan kelajuan kereta anda adalah sekitar 30km-40km sejam untuk tukar ke gear 3, 60km-100km untuk menukar ke gear 4 dan pastikan anda memandu dalam keadaan jalan raya yang baik, selesa dan tidak sesak jika ingin tukar ke gear 5.

Amaran Akhir Buat Semua Driver

Tidak kira kereta manual mahupun auto, kedua-duanya memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi demi mengelakkan kemalangan.

Yang paling penting, akur dan patuh pada peraturan jalan raya, dan tiada nyawa yang akan melayang secara sia-sia dia atas jalan raya. Sentiasa ikuti maklumat dari Jabatan keselamatan jalan raya.

0 Response to "Cara Memandu Kereta Manual Dengan Mudah"

Post a Comment

ad2

click