car game

car game
play now

Panduan Memilih dan Membeli Kereta Terpakai Yang Benar

7 Panduan Memilih dan Membeli Kereta Yang Benar

Andromedia-My - Panduan memilih kereta memang sangat penting untuk yang mahu membeli kereta, Apalagi buat yang nak beli kereta terpakai, Harus pandai-pandai pilih dan tak boleh asal pilih jer, Nanti kalian menyesal pulak.. 
Oke kali ini saye akan membagikan tips untuk kalian yang mau membeli kereta terpakai, Ikuti instruksi berikut ini


1. Tempat membeli.
Used car atau orang persendirian. Used car kene pilih dengan betul. Takut kene tipu. Bukan semua used car penipu, tetapi bisnes used car adalah, menjual. Kalau mereka dapat kereta yang teruk pun mereka akan baikpulih pada kos tertentu dan akan dijual semula. Jalan-jalan dan cari  2@3 used car untuk pilih model yang anda suka. Kalau orang persendirian cuma survey kat iklan kereta terpakai  

2. Usia kereta  dan jauh perjalanan.
Cuba kereta yang kurang dari 10 tahun atau milage kurang dari 100k. Kurang jarak perjalanan bermakna kurang wear and tear. Sekarang ini kereta pada usia 15 tahun tidak boleh diinsurankan pada 1st party. Kesimpulanya kalau kerata belum abis hutang jangan buat 3rd party, kalau hilang atau accident total lost garu kepala bro..
Jika kereta yang anda pilih atau suka lebih dari 10 tahun usianya dan lebih 100k milagenya, salinan resit baikpulih (maintenance) dari bengkel atau servis center boleh diguna pakai bagi mengagak kondisi kereta tersebut.


3. Pemeriksaan visual.
Sambil berbual dengan penjual perhatikan setiap inci kereta, pusing keliling kereta. Anda boleh menilai kemik-kemik pada badan kereta untuk anda menilai cara pemanduan pemilik kereta. Elakkan menilai kereta diwaktu malam kerana cahaya yang kurang akan melindungi cacat cela pada badan kereta. Buka pintu dan periksa setiap pintu dan bonet, pastikan tiada bunyi pelik. Buka bonet dan lihat enjin.  Kebiasaannya dalaman kereta dan enjin di cuci sebelum di lihatkan pada penjual. Cuba lihat samaada kebocoran minyak hitam pada enjin dan lantai simen / atas tanah.

Jalan lupa menyemak no chasis supaya sepadan dengan no yang ada pada geran kenderaan. 

4. Start enjin tengok.
Start enjin. Masa enjin tunggu nak panas lihat pada badan kereta sekali lagi, manalah tahu jika anda terlepas pandang. Semasa enijn berjalan lihat pada enjin samada kebocoron minyak berlaku lagi. Periksa juga lampu amaram enjin menyala atau tidak. Jika enjin tiada masalah sepatutnya enjin boleh di rev' sampai 4k rpm tanpa masalah. Tapi ramai pemilik used car tidak membenarkan anda berbuat begitu. Kalau begitu ada cara lain. On' kan aircond, a/c patut berfungi dengan baik semasa enjin berjalan/idling  dan enjin tidak patut mengigil pada masa a/c di buka.
(update) Buka tangki spare coolant dan lihat jika ada lapisan minyak di atas atau coolant bercampur minyak. Ini mungkin tanda  Head gasket dah nak ajal dan ade kemungkinan pernah berlaku overheat.

nota tambahan. buka penutup minyak hitam semasa enjin telah sejuk. Pastikan tiada mendapan minyak hitam di bahagian cam shaft

5. Test drive boleh?
Semua kereta tak kira baru atau lama anda sebagai pembeli patut ada hak untuk mengujinya. Ramai penjual yang cakap nak dokumen lah, mintak duit lah. Kalau tak tak dapat test drive. Saya pun pelik. Sudahlah kereta mahal di negara ini. Dimana hak pengguna. Pengguna taknak ditipu. Ok.. Katakanlah anda dapat test drive, atau pun penjual atau pemilik nak test drivekan. Minta di bawak laju sikit sambil perhatikan pada meter rpm atau pun peka pada keadaaan kereta, seperti gegaran, bunyi dan sebagainya. Jika anda tidak mahir maka, dari proses pertama anda patut membawa kawan yang arif. 

6. Bunyi dan gegaran yang macam mana
Cuba rasa pecutan dan daya pickup. Dengar juga bunyi enjin. Pada kelajuan meningkat lihat pada stereng. Pastikan tiada gegaran melampau. Pada jalan lurus tekan brek dan lepas stereng.  pastikan semasa kenderaan perlahan untuk berhenti. Stereng tegak. Kalau stereng senget kiri atau kanan masa membrek maknanya ada kerosakan pada kawasan tayar. @ stereng @ atau tie rod. Senang cakap ada part yang rosak atau perlukan pembetulan. Dengar juga bunyik brek atau bunyi masa membrek, pastikan tidak ada bunyi yang terlalu serious.

7. Setelah test drive
Jangan matikan enjin serta merta, buka bonet dan lihat jika ada kebocoran minyak hitam lagi sekali. Puas hati?
Minta copy dokumen  puspakom. Kalau die mintak duit booking . Boleh bagi tapi pastikan tanya soalan . Boleh tak ori document puspakom? Kalau dapat salinan boleh juga. Biasanya kereta di used car dah siap puspakom sebab kalau tak, tak boleh loan.  Jangan bayar duit cash banyak atau penuh jika takpasti kereta itu lulus puspakom. Rosak enjin boleh ditukar, potong body? buang sungai bro..Biar banyak tanya itu kan hak kita. Kalau dia cakap banyak tanya pergi beli kete baru. Blah je. Penjual patut berbudi bahasa.  Salah satu tips ialah ikut komen kengkawan yang pernah beli kereta dan suruh die cadangkan used car yang bagus dan berbudi bahasa.

Kalau anda merasa tidak kena pada penjual atau kereta tersebut. Tinggalkan sahaja "not worth your hard earn money". Lagi satu kereta zaman moden kebanyakannya menutup kawasan enjin supaya lebih kemas dan sukar untuk anda melihatnya. Sebelum membeli anda juga patut tahu harga kereta anda dalam angaran berapa. Harap tips ini membantu anda.

Nota tambahan:

-Bagaimana kalau seller kata no test drive, dan anda suka sangat kereta tu. Boleh suruh owner drive untuk anda dan minta dia buktikan enjin, brek, a/c dalam berkeadaan baik. Ada owner kereta yang tidak suka kereta mereka di lenjan sebelum dibeli, tapi jika mereka ikhlas menjual dan jujur InsyaAllah kejujuran itu terbukti dalam kereta yang mereka mahu jual.

-second hand car are not perfect. Kalau anda beli dari pemilik asal, minta dia beri penerangan apa yang patut di tukar. (contoh; kalau timing belt tinggal lagi 1000km jarang ada pemilik tukar jika nak jual kereta) Atau kata lain "what to aspect". Minta owner berterus terang mengenai kondisi kereta tersebut. (contoh ; "Encik/Abang , saya tak pernah pakai kereta jenama ini, setiap kereta pasti ada kelemahan/apa yang patut saya jangka?' ) Pemilik asal mungkin akan cakap (' kete ni ok cume minyak itam ko jangan lewat tukar / aircon tak sejuk sangat dan lain lain) Ini adalah untuk anda menjangka kos baik pulih beberapa bulan selepas membeli. Semasa saya membeli kereta dari used car dulu, Saya abiskan dalam 1.5k untuk baik pulih. Dan hasilnya kereta itu tidak ada masalah besar selama 2-3 tahun.

Google your taste, boleh guna encik google untuk mencari maklumat tentang model kereta yang anda suka. (There is no such thing as a BAD car, Only BAD owner or BAD maintenance) Saya pernah tanya pada pemilik kereta continental , pada mereka yang membezakan japan car dan kereta mereka cuma, kos maintenance dan cara maintenance. Kereta conti (continental) kebanyakannya menggunakkan original part, dan original part adalah sedikit mahal.   

0 Response to "Panduan Memilih dan Membeli Kereta Terpakai Yang Benar"

Post a Comment

ad2

click